Nuffnang Ads

Wednesday 20 November 2013

10 CARA TERBAIK PERSIAPAN MENGHADIRI TEMUDUGA




1)   Membuat kaji selidik mengenai syarikat yang dipohon. Membuat kajian juga mengenai jawatan
      yang dipohon.

2)   Memastikan semua dokumen-dokumen yang perlu dibawa seperti sijil-sijil anda disusun rapi
      dalam fail yang mempunyai folder lutsinar.

3)   Memakai pakaian yang sopan dan sesuai untuk menghadiri temuduga. Jangan memakai pakaian
      yang terlalu ketat, jarang atau menjolok mata.

4)   Memastikan keadaan diri anda kemas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rambut
      mestilah disikat rapi, baju mestilah digosok dan jangan memakai selipar.

5)   Pastikan anda tidak terlewat menghadiri temuduga. Kenal pasti lokasi syarikat yang akan anda
      pohon.

6)   Memandang ke arah penemuduga anda. Jangan pandang ke bawah atau persekitaran bilik
      temuduga.

7)   Pastikan anda kelihatan cergas dan bersemangat semasa ditemuduga. Janganlah nampak letih dan
      mengantuk. Paling teruk sekali anda menguap semasa ditemuduga. Pastikan anda tidur dengan
      secukupnya dan jangan membuat kerja yang terlalu berat sehari sebelum hari temuduga.

8)   Jangan terlalu banyak bertanyakan soalan-soalan yang remeh-remeh kepada penemuduga. Biarlah
      mereka yang menemuduga anda bukan anda yang menemuduga mereka.

9)   Elakkan berdiam diri atau tidak menjawab soalan yang diajukan penemuduga.

10) Semasa ditemuduga jawablah dengan suara yang jelas dan lancar. Ini untuk memudahkan
      penemuduga mendengar jawapan anda. Ia juga untuk menunjukkan anda mempunyai keyakinan
      diri yang tinggi.

No comments:

Post a Comment