Nuffnang Ads

Sunday 24 November 2013

10 CARA TERBAIK MENJAGA KESIHATAN JANTUNG



Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda. Klik Di Sini.

1)   Kerap bersukan dan bersenam.

2)   Berhenti merokok.

3)   Mengawal tahap stress anda.

4)   Makan makanan yang rendah lemak dan rendah kolestrol.

5)   Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

6)   Tidur secukupnya.

7)   Makan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.

8)   Kurangkan pengambilan gula dan garam.

9)   Menjaga berat badan. Berusaha mendapatkan berat badan yang ideal untuk diri anda.

10) Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Anda perlu menjalani pemeriksaan
      untuk mengetahui tahap kolestrol, tahap gula dan tekanan darah. Ini dapat mengesan tahap
      kesihatan anda dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan serangan penyakit
      jantung.

Wednesday 20 November 2013

10 CARA TERBAIK PERSIAPAN MENGHADIRI TEMUDUGA




1)   Membuat kaji selidik mengenai syarikat yang dipohon. Membuat kajian juga mengenai jawatan
      yang dipohon.

2)   Memastikan semua dokumen-dokumen yang perlu dibawa seperti sijil-sijil anda disusun rapi
      dalam fail yang mempunyai folder lutsinar.

3)   Memakai pakaian yang sopan dan sesuai untuk menghadiri temuduga. Jangan memakai pakaian
      yang terlalu ketat, jarang atau menjolok mata.

4)   Memastikan keadaan diri anda kemas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rambut
      mestilah disikat rapi, baju mestilah digosok dan jangan memakai selipar.

5)   Pastikan anda tidak terlewat menghadiri temuduga. Kenal pasti lokasi syarikat yang akan anda
      pohon.

6)   Memandang ke arah penemuduga anda. Jangan pandang ke bawah atau persekitaran bilik
      temuduga.

7)   Pastikan anda kelihatan cergas dan bersemangat semasa ditemuduga. Janganlah nampak letih dan
      mengantuk. Paling teruk sekali anda menguap semasa ditemuduga. Pastikan anda tidur dengan
      secukupnya dan jangan membuat kerja yang terlalu berat sehari sebelum hari temuduga.

8)   Jangan terlalu banyak bertanyakan soalan-soalan yang remeh-remeh kepada penemuduga. Biarlah
      mereka yang menemuduga anda bukan anda yang menemuduga mereka.

9)   Elakkan berdiam diri atau tidak menjawab soalan yang diajukan penemuduga.

10) Semasa ditemuduga jawablah dengan suara yang jelas dan lancar. Ini untuk memudahkan
      penemuduga mendengar jawapan anda. Ia juga untuk menunjukkan anda mempunyai keyakinan
      diri yang tinggi.

Friday 15 November 2013

10 CARA TERBAIK MENJAGA KESELAMATAN DIRI DI JALANRAYA




1)   Jangan memandu dalam keadaan mengantuk atau letih.

2)   Memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik dan sempurna supaya selamat.
      dipandu. Lakukan pemeriksaan pada kenderaan anda mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3)   Pastikan anda mematuhi had laju yang telah ditetapkan.

4)   Jangan melanggar lampu isyarat merah. Perbuatan ini amat berbahaya sekali. Amalkan sikap
      sabar semasa memandu.

5)   Elakkan memandu dengan tergesa-gesa atau terburu-buru. Ini selalu terjadi bila anda terbangun
      lewat dan takut lambat ke tempat kerja atau terlewat menghadiri temujanji yang telah ditetapkan
      masanya. Oleh itu rancanglah masa anda dengan baik supaya anda tidak terlewat dan boleh
      memandu dengan tenang.

6)   Tumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Elakkan menggunakan telefon bimbit semasa
      memandu. Jika panggilan itu penting dan perlu dijawab, berhenti di tempat yang selamat dan
      jawablah panggilan itu.

7)   Memakai pakaian dan topi keledar yang mempunyai warna yang terang jika anda merupakan
      seorang penunggang motosikal. Ini untuk memudahkan kenderaan lain melihat anda.

8)   Sentiasa memakai topi keledar walaupun perjalanan yang hendak anda tujui berdekatan sahaja.
      Bahaya berada di mana-mana, tidak kira dekat ataupun jauh. Pastikan juga topi keledar anda
      mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

9)   Jika anda berjalan kaki, berjalanlah di sebelah kanan jalan dan jangan berjalan bergandingan
      jika anda berdua atau dalam kumpulan.

10) Gunakan jejantas dan lampu isyarat untuk melintas jalan. Jika tiada kemudahan ini, perhatikan
      keadan lalulintas. Pandang kanan, kiri dan kanan sekali lagi. Sekiranya tiada kenderaan anda
      bolehlah melintas dengan selamat.

Tuesday 12 November 2013

10 CARA TERBAIK MENGELAK KERACUNAN MAKANAN




1)   Cuci tangan dengan bersih sebelum menyediakan makanan. Cuci juga makanan dengan bersih.

2)   Pastikan tarikh luput pada tin atau bungkusan makanan masih belum tamat tempoh.

3)   Pastikan makanan yang telah siap dimasak ditutup dengan tudung saji. Jangan biarkan makanan
      berada dalam keadaan terdedah.

4)   Memastikan persekitaran dapur sentiasa bersih.

5)   Makanan yang berlebihan perlulah disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak
      memakanannya kembali makanan itu perlu dipanaskan sepenuhnya dengan sempurna.

6)   Cuci tangan dengan bersih sebelum anda makan.

7)   Jika ragu-ragu dengan lebihan makanan anda sama ada ia masih elok untuk dimakan atau tidak,
      lebih baik buangkan sahaja.

8)   Masak makanan dengan teliti. Pastikan makanan dimasak dengan sempurna.

9)   Pastikan peralatan memasak berada dalam keadaan bersih.

10) Jika hendak makan di luar, pilihlah kedai makan yang bersih. Perhatikan keadaan dan
      persekitaran kedai itu dahulu.

Friday 8 November 2013

10 CARA TERBAIK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI




1)   Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

2)   Gosok gigi selepas bangun dari tidur  dan sebelum tidur. Kalau boleh gosok gigi setiap kali lepas
      makan atau memadai dengan berkumur-kumur.

3)   Potong kuku seminggu sekali. Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek.

4)   Membasuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan.

5)   Memakai pakaian yang bersih dan dicuci setiap hari.

6)   Membasuh tangan dengan sabun setiap kali keluar tandas.

7)   Cuci muka minima 3 kali sehari.

8)   Syampu rambut 3 kali seminggu.

9)   Membersihkan lubang telinga dan hidung.

10) Sikat rambut dengan rapi dan pastikan rambut kemas dan terurus.

Monday 4 November 2013

10 CARA TERBAIK MENGELUARKAN ANGIN DARI DALAM BADAN




1)   Banyakkan minum air putih atau air kosong.

2)   Mengurut.

3)   Makan banyak bawang putih.

4)   Berbekam

5)   Minum air halia.

6)   Elakkan makanan yang boleh menyebabkan masalah angin.

7)   Makan perlahan-lahan dan kunyah makanan dengan sempurna.

8)   Minum Eno.

9)   Bersenam dengan lebih kerap.

10) Menjaga kesihatan sistem penghadaman.