Nuffnang Ads

Tuesday 12 November 2013

10 CARA TERBAIK MENGELAK KERACUNAN MAKANAN




1)   Cuci tangan dengan bersih sebelum menyediakan makanan. Cuci juga makanan dengan bersih.

2)   Pastikan tarikh luput pada tin atau bungkusan makanan masih belum tamat tempoh.

3)   Pastikan makanan yang telah siap dimasak ditutup dengan tudung saji. Jangan biarkan makanan
      berada dalam keadaan terdedah.

4)   Memastikan persekitaran dapur sentiasa bersih.

5)   Makanan yang berlebihan perlulah disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak
      memakanannya kembali makanan itu perlu dipanaskan sepenuhnya dengan sempurna.

6)   Cuci tangan dengan bersih sebelum anda makan.

7)   Jika ragu-ragu dengan lebihan makanan anda sama ada ia masih elok untuk dimakan atau tidak,
      lebih baik buangkan sahaja.

8)   Masak makanan dengan teliti. Pastikan makanan dimasak dengan sempurna.

9)   Pastikan peralatan memasak berada dalam keadaan bersih.

10) Jika hendak makan di luar, pilihlah kedai makan yang bersih. Perhatikan keadaan dan
      persekitaran kedai itu dahulu.

No comments:

Post a Comment