Nuffnang Ads
Friday, 15 November 2013
10 CARA TERBAIK MENJAGA KESELAMATAN DIRI DI JALANRAYA
1) Jangan memandu dalam keadaan mengantuk atau letih.
2) Memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik dan sempurna supaya selamat.
dipandu. Lakukan pemeriksaan pada kenderaan anda mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3) Pastikan anda mematuhi had laju yang telah ditetapkan.
4) Jangan melanggar lampu isyarat merah. Perbuatan ini amat berbahaya sekali. Amalkan sikap
sabar semasa memandu.
5) Elakkan memandu dengan tergesa-gesa atau terburu-buru. Ini selalu terjadi bila anda terbangun
lewat dan takut lambat ke tempat kerja atau terlewat menghadiri temujanji yang telah ditetapkan
masanya. Oleh itu rancanglah masa anda dengan baik supaya anda tidak terlewat dan boleh
memandu dengan tenang.
6) Tumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Elakkan menggunakan telefon bimbit semasa
memandu. Jika panggilan itu penting dan perlu dijawab, berhenti di tempat yang selamat dan
jawablah panggilan itu.
7) Memakai pakaian dan topi keledar yang mempunyai warna yang terang jika anda merupakan
seorang penunggang motosikal. Ini untuk memudahkan kenderaan lain melihat anda.
8) Sentiasa memakai topi keledar walaupun perjalanan yang hendak anda tujui berdekatan sahaja.
Bahaya berada di mana-mana, tidak kira dekat ataupun jauh. Pastikan juga topi keledar anda
mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
9) Jika anda berjalan kaki, berjalanlah di sebelah kanan jalan dan jangan berjalan bergandingan
jika anda berdua atau dalam kumpulan.
10) Gunakan jejantas dan lampu isyarat untuk melintas jalan. Jika tiada kemudahan ini, perhatikan
keadan lalulintas. Pandang kanan, kiri dan kanan sekali lagi. Sekiranya tiada kenderaan anda
bolehlah melintas dengan selamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment