Nuffnang Ads

Wednesday 25 December 2013

10 CARA TERBAIK MENGHIAS RUANG TAMU RUMAH


1)   Cat dinding rumah anda dengan warna yang terang dan lembut. Ini akan membuatkan rumah anda
      nampak lebih luas dan cerah.

2)   Pilih warna sofa yang bersesuaian dengan dinding yang telah anda cat. Saiz sofa juga memainkan
      peranan yang penting. Pilih sofa yang bersesuaian dengan saiz ruang tamu anda. Anda juga boleh
      meletakkan bantal hiasan untuk menyerikan lagi sofa anda.

3)   Pilih meja kopi yang mempunyai rekabentuk yang menarik dan elegant. Pemilihan warna dan saiz juga
      amat penting supaya ia bersesuaian dengan ruang tamu anda.

4)   Jangan letak terlalu banyak perabot di dalam ruang tamu rumah anda. Ia akan membuatkan ruang tamu
      anda akan nampak sesak dan sempit.

5)   Lampu memainkan peranan yang penting. Pilih lampu yang cantik dan menarik. Terlalu banyak pilihan
      lampu yang terdapat di pasaran sekarang. Pilihlah lampu yang bukan sahaja menarik tetapi yang paling
      penting dapat memberi pencahayaan yang sempurna untuk ruang tamu anda.

6)   Meletakkan tanaman hiasan di sudut ruang tamu. Tanaman hiasan ini bukan sahaja dapat mengindahkan
      ruang tamu anda tetapi ia mempunyai berbagai-bagai fungsi lain. Ia dapat menyejukkan ruang tamu,
      membekalkan oksigen di dalam rumah dan ada juga tanaman yang mengeluarkan bau wangi.

7)   Pastikan langsir anda mempunyai rekabentuk yang menarik dan terkini. Sesuaikan warna langsir dengan
      cat dinding ruang tamu.

8)   Ramai orang yang terlepas pandang pada pintu rumah. Pintu juga sebahagian dari ruang tamu. Kalau
      dilihat pintu rumah anda sama sahaja warnanya dengan rumah yang lain di kawasan taman anda. Tukar
      dan pilih warna yang menarik dan bersesuaian dengan ruang tamu anda.

9)   Dinding yang telah di cat dengan warna yang menarik jangan di biarkan kosong sahaja. Letakkan
      gambar-gambar hiasan untuk menambahkan seri ruang tamu anda.

10) Tv juga selalu tidak dititikberatkan semasa menghias ruang tamu. Jika anda masih menggunakan tv lama
      yang mempunyai rekabentuk yang kurang menarik dan besar, tukarlah tv anda kepada jenis yang nipis
      dan terbaru. Ini bukan sahaja untuk kepuasan anda menonton tv tetapi ia juga memainkan peranan
      yang penting dalam menyerikan ruang tamu rumah anda. Rekabentuknya nipis dan elegant amat sesuai
      untuk keindahan ruang tamu anda.

Menghias ruang tamu amat penting kerana di sinilah antara tempat yang anda paling banyak luangkan masa jika anda di rumah. Di sinilah tempat anda berehat, membaca suratkhabar, menonton tv dan bermacam-macam lagi aktiviti dilakukan di sini. Yang paling penting anda melayan tetamu di sini. Anda mesti mahukan ruang tamu yang cantik dan menarik.

Oleh itu jika anda inginkan pengetahuan dan panduan yang lebih mendalam mengenai menghias ruang tamu anda, klik di sini.

Tuesday 17 December 2013

10 CARA TERBAIK MENJAGA KEBERSIHAN GIGI DAN MULUT

 

1)   Gosok gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun tidur di waktu pagi dan sebelum tidur di waktu
      malam. Kalau boleh gosok gigi setiap kali selepas makan. Kalau tidak dapat melakukannya cukup
      sekadar berkumur-kumur selepas makan.

2)   Menggunakan benang pembersih gigi atau lebih dikenali sebagai flos gigi. Ia dapat mengeluarkan
      sisa-sisa makanan di celah gigi di mana berus gigi tidak dapat membersihkannya.

3)   Gunakan ubat kumur untuk meningkatkan lagi kebersihan gigi dan mulut. Ia juga dapat
      menyegarkan nafas dan mulut akan berbau harum.

4)   Memilih berus gigi yang lembut dan sesuai untuk anda. Gantikan berus gigi secara rutin iaitu tiga
      atau empat bulan selepas menggunakannya.

5)   Gosok gigi dengan sempurna. Pastikan seluruh permukaan gigi digosok. Gosok gigi dari arah
      gusi ke gigi.

6)   Elakkan makanan yang terlalu bergula dan minuman bergas. Makanan dan minuman ini bukan
      sahaja akan merosakkan gigi malah ia juga tidak baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan.

7)   Berhenti merokok. Merokok merupakan punca pelbagai masalah gigi dan mulut. Ia akan
      menyebabkan nafas berbau, penyakit gusi, gigi berkarat dan lebih teruk lagi ia juga boleh
      menyebabkan kanser mulut.

8)   Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah epal adalah buah yang baik untuk
      kesihatan. Ia mempunyai vitamin yang diperlukan tubuh badan dan yang lebih baik lagi ia juga
      dapat membersihkan gigi apabila anda mengunyahnya.

9)   Elakkan kopi dan teh. Minuman ini akan menyebabkan gigi anda berwarna gelap dan kuning.

10) Lakukan pemeriksaan dengan doktor gigi setiap enam bulan. Kebanyakkan dari kita tidak
      melakukannya kerana mungkin terlalu sibuk atau takut untuk berjumpa dengan doktor gigi.
      Jika kita berjumpa doktor gigi setiap enam bulan, kita akan dapat mengetahui tahap kesihatan
      gigi kita dan jika terdapat kerosakkan pada gigi kita doktor gigi akan dapat merawatnya.

Monday 9 December 2013

10 CARA TERBAIK MEMBUAT UDARA DI RUMAH LEBIH SEGAR DAN BERSIH



1)   Bersihkan habuk di dalam rumah menggunakan kain basah atau vakum. Kerapkan membersihkan
      lantai rumah menggunakan mop.

2)   Menanam pokok di sekitar rumah. Pokok berfungsi menyerap karbon dioksida dan menghasilkan
      oksigen. Ia dapat mengurangkan sedikit pencemaran di sekitar rumah dan membekalkan udara
      yang segar. Ia juga dapat menyejukkan kawasan rumah.

3)   Menyediakan ruang yang cukup untuk udara keluar masuk. Buka tingkap dan pintu untuk
      memastikan pengaliran udara yang baik di dalam rumah. Jika berkemampuan pasang ventilator
      pada bumbung rumah.

4)   Gunakan alat pembersih udara iaitu air filters atau sekarang ini terdapat penghawa dingin yang
      bukan sahaja dapat menyejukkan ruang rumah tetapi ia juga mempunyai kemampuan
      membersihkan udara.

5)   Jangan merokok di dalam rumah. Kalau hendak merokok lakukan di luar rumah atau lebih baik
      lagi jauh dari rumah. Paling baik berhenti terus dari menghisap rokok.

6)   Menggunakan pewangi udara. Gunakan pewangi udara yang bebas dari bahan kimia atau lebih
      baik anda buat sendiri pewangi udara seperti menggunakan lemon.

7)   Menjaga kebersihan dapur kerana bau-bauan yang tidak enak selalunya datang dari dapur.
      Uruskan sisa-sisa makanan dengan baik. Apabila memasak di dapur pastikan tingkap dibuka dan
      penyedut asap (hood) digunakan.

8)   Kurangkan penggunaan bahan kimia yang boleh mencemarkan udara di dalam rumah seperti
      penyembur produk aerosol atau hair spray.

9)   Pastikan tiada kebocoron pada atap, saluran air dan paip air. Ini akan menyebabkan rumah
      menjadi lembab. Bila keadaan ini berlaku ia akan mengeluarkan bau yang tidak enak.

10) Menggunakan lilin aromaterapi. Ia bukan sahaja dapat mewangikan dan menyegarkan udara
      di dalam rumah, anda juga akan dapat menghilangkan stress. Rumah anda akan lebih nyaman
      dan anda akan lebih relax.

Membuat udara di dalam rumah lebih segar dan bersih amat penting. Memastikan rumah anda mempunyai dekorasi yang menarik juga tidak kurang penting. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Sunday 1 December 2013

10 CARA TERBAIK MENGHIAS HALAMAN RUMAH



1)   Menanam rumput hias kerana ia dapat menaikkan keindahan taman.

2)   Meletakkan pasu-pasu yang mempunyai pokok jenis berbunga amat baik. Halaman akan
      kelihatan berwarna-warni dengan pelbagai jenis warna bunga.

3)   Meletakkan akuarium di halaman rumah yang berbumbung atau lebih baik lagi membina sebuah
      kolam untuk memelihara ikan. Pastikan anda membela ikan yang berwarna-warni untuk
      menceriakan lagi halaman anda.

4)   Menyediakan kerusi dan meja taman di halaman rumah anda. Ini bukan sahaja untuk
      mengindahkan halaman anda, ia juga dapat dijadikan tempat untuk bersantai. Anda boleh
      membaca akhbar, minum petang dan berbual di sini.

5)   Meletakkan buaian yang menarik di halaman rumah. Anda dan keluarga boleh bersantai dan
      berehat di sini.

6)   Memasang lampu-lampu yang unik dan cantik. Bukan sahaja reka bentuk lampu.-lampu itu dapat
      mencantikkan halaman rumah tetapi pencahayaan yang baik juga akan menaikkan lagi seri
      halaman itu.

7)   Membina dinding atau tembok menjadi taman dinding. Hiaslah dengan beraneka tanaman,
      batu-batu dan lampu-lampu di taman dinding anda.

8)   Membina taman mini di halaman rumah. Pilihlah tanaman-tanaman yang sesuai dan bersaiz kecil.

9)   Meletakkan tanaman hiasan yang digantung di kawasan halaman rumah. Tanaman yang sesuai
      adalah dari jenis yang menjalar dan melata. Tanaman itu akan terjuntai-juntai dan berjurai-jurai
      ke bawah. Pastikan anda mengantung tanaman itu di tempat yang sesuai dan selamat supaya anda
      tidak terhantuk pada pasunya.

10) Pokok bonsai amat sesuai di gunakan jika anda mempunyai halaman yang agak sempit. Pokok
      ini akan menjadikan halaman anda kelihatan mewah dan bergaya. Kebanyakkan pokok bonsai ini
      harganya agak mahal. Cubalah mencari pokok ini yang harganya agak murah dan mengikut
      kemampuan anda. Lebih baik lagi jika anda boleh mencuba membuat sendiri pokok bonsai
      mengikut kreativiti dan kemampuan anda. Jadikan ia sebagai hobi.

Sunday 24 November 2013

10 CARA TERBAIK MENJAGA KESIHATAN JANTUNG



Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda. Klik Di Sini.

1)   Kerap bersukan dan bersenam.

2)   Berhenti merokok.

3)   Mengawal tahap stress anda.

4)   Makan makanan yang rendah lemak dan rendah kolestrol.

5)   Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

6)   Tidur secukupnya.

7)   Makan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.

8)   Kurangkan pengambilan gula dan garam.

9)   Menjaga berat badan. Berusaha mendapatkan berat badan yang ideal untuk diri anda.

10) Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Anda perlu menjalani pemeriksaan
      untuk mengetahui tahap kolestrol, tahap gula dan tekanan darah. Ini dapat mengesan tahap
      kesihatan anda dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan serangan penyakit
      jantung.

Wednesday 20 November 2013

10 CARA TERBAIK PERSIAPAN MENGHADIRI TEMUDUGA




1)   Membuat kaji selidik mengenai syarikat yang dipohon. Membuat kajian juga mengenai jawatan
      yang dipohon.

2)   Memastikan semua dokumen-dokumen yang perlu dibawa seperti sijil-sijil anda disusun rapi
      dalam fail yang mempunyai folder lutsinar.

3)   Memakai pakaian yang sopan dan sesuai untuk menghadiri temuduga. Jangan memakai pakaian
      yang terlalu ketat, jarang atau menjolok mata.

4)   Memastikan keadaan diri anda kemas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rambut
      mestilah disikat rapi, baju mestilah digosok dan jangan memakai selipar.

5)   Pastikan anda tidak terlewat menghadiri temuduga. Kenal pasti lokasi syarikat yang akan anda
      pohon.

6)   Memandang ke arah penemuduga anda. Jangan pandang ke bawah atau persekitaran bilik
      temuduga.

7)   Pastikan anda kelihatan cergas dan bersemangat semasa ditemuduga. Janganlah nampak letih dan
      mengantuk. Paling teruk sekali anda menguap semasa ditemuduga. Pastikan anda tidur dengan
      secukupnya dan jangan membuat kerja yang terlalu berat sehari sebelum hari temuduga.

8)   Jangan terlalu banyak bertanyakan soalan-soalan yang remeh-remeh kepada penemuduga. Biarlah
      mereka yang menemuduga anda bukan anda yang menemuduga mereka.

9)   Elakkan berdiam diri atau tidak menjawab soalan yang diajukan penemuduga.

10) Semasa ditemuduga jawablah dengan suara yang jelas dan lancar. Ini untuk memudahkan
      penemuduga mendengar jawapan anda. Ia juga untuk menunjukkan anda mempunyai keyakinan
      diri yang tinggi.

Friday 15 November 2013

10 CARA TERBAIK MENJAGA KESELAMATAN DIRI DI JALANRAYA




1)   Jangan memandu dalam keadaan mengantuk atau letih.

2)   Memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik dan sempurna supaya selamat.
      dipandu. Lakukan pemeriksaan pada kenderaan anda mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3)   Pastikan anda mematuhi had laju yang telah ditetapkan.

4)   Jangan melanggar lampu isyarat merah. Perbuatan ini amat berbahaya sekali. Amalkan sikap
      sabar semasa memandu.

5)   Elakkan memandu dengan tergesa-gesa atau terburu-buru. Ini selalu terjadi bila anda terbangun
      lewat dan takut lambat ke tempat kerja atau terlewat menghadiri temujanji yang telah ditetapkan
      masanya. Oleh itu rancanglah masa anda dengan baik supaya anda tidak terlewat dan boleh
      memandu dengan tenang.

6)   Tumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Elakkan menggunakan telefon bimbit semasa
      memandu. Jika panggilan itu penting dan perlu dijawab, berhenti di tempat yang selamat dan
      jawablah panggilan itu.

7)   Memakai pakaian dan topi keledar yang mempunyai warna yang terang jika anda merupakan
      seorang penunggang motosikal. Ini untuk memudahkan kenderaan lain melihat anda.

8)   Sentiasa memakai topi keledar walaupun perjalanan yang hendak anda tujui berdekatan sahaja.
      Bahaya berada di mana-mana, tidak kira dekat ataupun jauh. Pastikan juga topi keledar anda
      mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

9)   Jika anda berjalan kaki, berjalanlah di sebelah kanan jalan dan jangan berjalan bergandingan
      jika anda berdua atau dalam kumpulan.

10) Gunakan jejantas dan lampu isyarat untuk melintas jalan. Jika tiada kemudahan ini, perhatikan
      keadan lalulintas. Pandang kanan, kiri dan kanan sekali lagi. Sekiranya tiada kenderaan anda
      bolehlah melintas dengan selamat.