Nuffnang Ads
Sunday, 24 November 2013
10 CARA TERBAIK MENJAGA KESIHATAN JANTUNG
Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda. Klik Di Sini.
1) Kerap bersukan dan bersenam.
2) Berhenti merokok.
3) Mengawal tahap stress anda.
4) Makan makanan yang rendah lemak dan rendah kolestrol.
5) Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
6) Tidur secukupnya.
7) Makan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.
8) Kurangkan pengambilan gula dan garam.
9) Menjaga berat badan. Berusaha mendapatkan berat badan yang ideal untuk diri anda.
10) Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital. Anda perlu menjalani pemeriksaan
untuk mengetahui tahap kolestrol, tahap gula dan tekanan darah. Ini dapat mengesan tahap
kesihatan anda dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan serangan penyakit
jantung.
Wednesday, 20 November 2013
10 CARA TERBAIK PERSIAPAN MENGHADIRI TEMUDUGA
1) Membuat kaji selidik mengenai syarikat yang dipohon. Membuat kajian juga mengenai jawatan
yang dipohon.
2) Memastikan semua dokumen-dokumen yang perlu dibawa seperti sijil-sijil anda disusun rapi
dalam fail yang mempunyai folder lutsinar.
3) Memakai pakaian yang sopan dan sesuai untuk menghadiri temuduga. Jangan memakai pakaian
yang terlalu ketat, jarang atau menjolok mata.
4) Memastikan keadaan diri anda kemas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rambut
mestilah disikat rapi, baju mestilah digosok dan jangan memakai selipar.
5) Pastikan anda tidak terlewat menghadiri temuduga. Kenal pasti lokasi syarikat yang akan anda
pohon.
6) Memandang ke arah penemuduga anda. Jangan pandang ke bawah atau persekitaran bilik
temuduga.
7) Pastikan anda kelihatan cergas dan bersemangat semasa ditemuduga. Janganlah nampak letih dan
mengantuk. Paling teruk sekali anda menguap semasa ditemuduga. Pastikan anda tidur dengan
secukupnya dan jangan membuat kerja yang terlalu berat sehari sebelum hari temuduga.
8) Jangan terlalu banyak bertanyakan soalan-soalan yang remeh-remeh kepada penemuduga. Biarlah
mereka yang menemuduga anda bukan anda yang menemuduga mereka.
9) Elakkan berdiam diri atau tidak menjawab soalan yang diajukan penemuduga.
10) Semasa ditemuduga jawablah dengan suara yang jelas dan lancar. Ini untuk memudahkan
penemuduga mendengar jawapan anda. Ia juga untuk menunjukkan anda mempunyai keyakinan
diri yang tinggi.
Friday, 15 November 2013
10 CARA TERBAIK MENJAGA KESELAMATAN DIRI DI JALANRAYA
1) Jangan memandu dalam keadaan mengantuk atau letih.
2) Memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik dan sempurna supaya selamat.
dipandu. Lakukan pemeriksaan pada kenderaan anda mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3) Pastikan anda mematuhi had laju yang telah ditetapkan.
4) Jangan melanggar lampu isyarat merah. Perbuatan ini amat berbahaya sekali. Amalkan sikap
sabar semasa memandu.
5) Elakkan memandu dengan tergesa-gesa atau terburu-buru. Ini selalu terjadi bila anda terbangun
lewat dan takut lambat ke tempat kerja atau terlewat menghadiri temujanji yang telah ditetapkan
masanya. Oleh itu rancanglah masa anda dengan baik supaya anda tidak terlewat dan boleh
memandu dengan tenang.
6) Tumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Elakkan menggunakan telefon bimbit semasa
memandu. Jika panggilan itu penting dan perlu dijawab, berhenti di tempat yang selamat dan
jawablah panggilan itu.
7) Memakai pakaian dan topi keledar yang mempunyai warna yang terang jika anda merupakan
seorang penunggang motosikal. Ini untuk memudahkan kenderaan lain melihat anda.
8) Sentiasa memakai topi keledar walaupun perjalanan yang hendak anda tujui berdekatan sahaja.
Bahaya berada di mana-mana, tidak kira dekat ataupun jauh. Pastikan juga topi keledar anda
mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
9) Jika anda berjalan kaki, berjalanlah di sebelah kanan jalan dan jangan berjalan bergandingan
jika anda berdua atau dalam kumpulan.
10) Gunakan jejantas dan lampu isyarat untuk melintas jalan. Jika tiada kemudahan ini, perhatikan
keadan lalulintas. Pandang kanan, kiri dan kanan sekali lagi. Sekiranya tiada kenderaan anda
bolehlah melintas dengan selamat.
Tuesday, 12 November 2013
10 CARA TERBAIK MENGELAK KERACUNAN MAKANAN
1) Cuci tangan dengan bersih sebelum menyediakan makanan. Cuci juga makanan dengan bersih.
2) Pastikan tarikh luput pada tin atau bungkusan makanan masih belum tamat tempoh.
3) Pastikan makanan yang telah siap dimasak ditutup dengan tudung saji. Jangan biarkan makanan
berada dalam keadaan terdedah.
4) Memastikan persekitaran dapur sentiasa bersih.
5) Makanan yang berlebihan perlulah disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak
memakanannya kembali makanan itu perlu dipanaskan sepenuhnya dengan sempurna.
6) Cuci tangan dengan bersih sebelum anda makan.
7) Jika ragu-ragu dengan lebihan makanan anda sama ada ia masih elok untuk dimakan atau tidak,
lebih baik buangkan sahaja.
8) Masak makanan dengan teliti. Pastikan makanan dimasak dengan sempurna.
9) Pastikan peralatan memasak berada dalam keadaan bersih.
10) Jika hendak makan di luar, pilihlah kedai makan yang bersih. Perhatikan keadaan dan
persekitaran kedai itu dahulu.
Friday, 8 November 2013
10 CARA TERBAIK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
1) Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
2) Gosok gigi selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. Kalau boleh gosok gigi setiap kali lepas
makan atau memadai dengan berkumur-kumur.
3) Potong kuku seminggu sekali. Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek.
4) Membasuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan.
5) Memakai pakaian yang bersih dan dicuci setiap hari.
6) Membasuh tangan dengan sabun setiap kali keluar tandas.
7) Cuci muka minima 3 kali sehari.
8) Syampu rambut 3 kali seminggu.
9) Membersihkan lubang telinga dan hidung.
10) Sikat rambut dengan rapi dan pastikan rambut kemas dan terurus.
Monday, 4 November 2013
10 CARA TERBAIK MENGELUARKAN ANGIN DARI DALAM BADAN
1) Banyakkan minum air putih atau air kosong.
2) Mengurut.
3) Makan banyak bawang putih.
4) Berbekam
5) Minum air halia.
6) Elakkan makanan yang boleh menyebabkan masalah angin.
7) Makan perlahan-lahan dan kunyah makanan dengan sempurna.
8) Minum Eno.
9) Bersenam dengan lebih kerap.
10) Menjaga kesihatan sistem penghadaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)