Nuffnang Ads
Tuesday, 12 November 2013
10 CARA TERBAIK MENGELAK KERACUNAN MAKANAN
1) Cuci tangan dengan bersih sebelum menyediakan makanan. Cuci juga makanan dengan bersih.
2) Pastikan tarikh luput pada tin atau bungkusan makanan masih belum tamat tempoh.
3) Pastikan makanan yang telah siap dimasak ditutup dengan tudung saji. Jangan biarkan makanan
berada dalam keadaan terdedah.
4) Memastikan persekitaran dapur sentiasa bersih.
5) Makanan yang berlebihan perlulah disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak
memakanannya kembali makanan itu perlu dipanaskan sepenuhnya dengan sempurna.
6) Cuci tangan dengan bersih sebelum anda makan.
7) Jika ragu-ragu dengan lebihan makanan anda sama ada ia masih elok untuk dimakan atau tidak,
lebih baik buangkan sahaja.
8) Masak makanan dengan teliti. Pastikan makanan dimasak dengan sempurna.
9) Pastikan peralatan memasak berada dalam keadaan bersih.
10) Jika hendak makan di luar, pilihlah kedai makan yang bersih. Perhatikan keadaan dan
persekitaran kedai itu dahulu.
Friday, 8 November 2013
10 CARA TERBAIK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
1) Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
2) Gosok gigi selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. Kalau boleh gosok gigi setiap kali lepas
makan atau memadai dengan berkumur-kumur.
3) Potong kuku seminggu sekali. Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek.
4) Membasuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan.
5) Memakai pakaian yang bersih dan dicuci setiap hari.
6) Membasuh tangan dengan sabun setiap kali keluar tandas.
7) Cuci muka minima 3 kali sehari.
8) Syampu rambut 3 kali seminggu.
9) Membersihkan lubang telinga dan hidung.
10) Sikat rambut dengan rapi dan pastikan rambut kemas dan terurus.
Monday, 4 November 2013
10 CARA TERBAIK MENGELUARKAN ANGIN DARI DALAM BADAN
1) Banyakkan minum air putih atau air kosong.
2) Mengurut.
3) Makan banyak bawang putih.
4) Berbekam
5) Minum air halia.
6) Elakkan makanan yang boleh menyebabkan masalah angin.
7) Makan perlahan-lahan dan kunyah makanan dengan sempurna.
8) Minum Eno.
9) Bersenam dengan lebih kerap.
10) Menjaga kesihatan sistem penghadaman.
Thursday, 31 October 2013
10 CARA TERBAIK UNTUK AWET MUDA
Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda. Klik Di Sini.
1) Makan makanan yang mengandungi banyak zat antioksidan seperti brokoli dan delima.
2) Pastikan tidur anda nyenyak dan mencukupi.
3) Berhenti merokok.
4) Minum lapan gelas air sehari.
5) Kerap bersenam dan bersukan.
6) Kawal tahap stress anda.
7) Sentiasa berfikiran positif.
8) Kerap hiburkan diri dengan melakukan aktiviti atau perkara yang anda gemari.
9) Elakkan sikap-sikap negatif seperti kerap marah-marah.
10) Ubah gaya penampilan anda. Pastikan diri anda lebih kemas dan bergaya.
1) Makan makanan yang mengandungi banyak zat antioksidan seperti brokoli dan delima.
2) Pastikan tidur anda nyenyak dan mencukupi.
3) Berhenti merokok.
4) Minum lapan gelas air sehari.
5) Kerap bersenam dan bersukan.
6) Kawal tahap stress anda.
7) Sentiasa berfikiran positif.
8) Kerap hiburkan diri dengan melakukan aktiviti atau perkara yang anda gemari.
9) Elakkan sikap-sikap negatif seperti kerap marah-marah.
10) Ubah gaya penampilan anda. Pastikan diri anda lebih kemas dan bergaya.
Monday, 28 October 2013
10 CARA TERBAIK PENJAGAAN KERETA
1) Menukar minyak enjin kereta setiap 5000km atau 3 bulan.
2) Menukar minyak transmisi atau minyak gear mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3) Memeriksa tekanan atau angin tayar. Periksa bunga dan tahap kehausan tayar.
4) Periksa paras coolant. Pastikan juga tiada sebarang kebocoran pada hos.
5) Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik dan jelas.
6) Sebarang kebocoran dapat dikesan jika anda memerhatikan tempat anda meletak kereta.
7) Periksa paras cecair brek dan uji brek anda. Pastikan pad brek masih belum haus dan berada
berada dalam keadaan baik.
8) Periksa paras cecair power steering. Tambah jika perlu.
9) Periksa paras air bateri jika anda menggunakan bateri sel basah.
10) Periksa setiap belt yang ada seperti timing belt dan fan belt. Pastikan tiada rekahan dan tukar
mengikut jadual.
Thursday, 24 October 2013
10 CARA TERBAIK MENYAMBUT HARIJADI ANAK
1) Membelikan permainan sebagai hadiah harijadinya.
2) Membawanya bercuti ke tempat yang menyeronokkan seperti theme park atau water park.
3) Mengadakan majlis sambutan harijadi di rumah. Menjemput rakan-rakannya memeriahkan
lagi majlis itu.
4) Membawanya makan di tempat atau restoran yang menarik.
5) Menyediakan party pack untuk diberikan kepada rakan-rakannya.
6) Membeli haiwan peliharaan sebagai kejutan hadiah harijadinya.
7) Sediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam hidangan yang istimewa pada hari
harijadinya.
8) Hias biliknya dengan cantik pada harijadinya. Letakkan belon dan hiasan bertemakan harijadi.
9) Membeli kek yang cukup menarik dan cantik hiasannya.
10) Beriadah atau bersantai bersama anak seperti membawanya berkelah di air terjun atau tepi pantai.
Tuesday, 22 October 2013
10 CARA TERBAIK MENGITAR SEMULA DI RUMAH
1) Mengasingkan botol kaca, botol plastic,tin aluminium, kertas dan suratkhabar dari sampah yang
yang lain untuk dihantar ke tempat kitar semula.
2) Gunakan semula bekas plastik seperti bekas aiskrim untuk menyimpan barang-barang lain seperti
biskut, mainan kecil dan lain-lain lagi.
3) Bawa beg sendiri ketika membeli-belah di pasaraya. Ini dapat mengurangkan penggunaan beg
plastik.
4) Menyokong dan membeli barang atau produk yang menggunakan barangan kitar semula.
5) Menghasilkan kraftangan menggunakan kertas suratkhabar dan majalah. Bahan-bahan ini boleh
dijadikan pasu bunga, tempat meletak pensel dan bermacam-macam lagi. Begitu juga dengan
botol minuman plastik dan tin minuman aluminium.
6) Sisa-sisa dapur boleh dijadikan baja kompos untuk digunakan pada tanaman anda.
7) Mengurangkan pembelian barangan yang jarang digunakan dan jangan membuat pembelian
barangan yang tidak anda perlukan.
8) Sedekahkan atau jual kembali barangan seperti perabot-perabot lama yang masih elok.
9) Hantarkan buku-buku dan majalah-majalah lama ke perpustakaan atau sekolah yang memerlukan
bahan bacaan tambahan.
10) Membeli dan menggunakan barangan yang boleh digunakan semula dan berulang-ulang kali
seperti bateri yang boleh dicas semula.
Subscribe to:
Posts (Atom)






