Nuffnang Ads

Tuesday 17 December 2013

10 CARA TERBAIK MENJAGA KEBERSIHAN GIGI DAN MULUT

 

1)   Gosok gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun tidur di waktu pagi dan sebelum tidur di waktu
      malam. Kalau boleh gosok gigi setiap kali selepas makan. Kalau tidak dapat melakukannya cukup
      sekadar berkumur-kumur selepas makan.

2)   Menggunakan benang pembersih gigi atau lebih dikenali sebagai flos gigi. Ia dapat mengeluarkan
      sisa-sisa makanan di celah gigi di mana berus gigi tidak dapat membersihkannya.

3)   Gunakan ubat kumur untuk meningkatkan lagi kebersihan gigi dan mulut. Ia juga dapat
      menyegarkan nafas dan mulut akan berbau harum.

4)   Memilih berus gigi yang lembut dan sesuai untuk anda. Gantikan berus gigi secara rutin iaitu tiga
      atau empat bulan selepas menggunakannya.

5)   Gosok gigi dengan sempurna. Pastikan seluruh permukaan gigi digosok. Gosok gigi dari arah
      gusi ke gigi.

6)   Elakkan makanan yang terlalu bergula dan minuman bergas. Makanan dan minuman ini bukan
      sahaja akan merosakkan gigi malah ia juga tidak baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan.

7)   Berhenti merokok. Merokok merupakan punca pelbagai masalah gigi dan mulut. Ia akan
      menyebabkan nafas berbau, penyakit gusi, gigi berkarat dan lebih teruk lagi ia juga boleh
      menyebabkan kanser mulut.

8)   Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah epal adalah buah yang baik untuk
      kesihatan. Ia mempunyai vitamin yang diperlukan tubuh badan dan yang lebih baik lagi ia juga
      dapat membersihkan gigi apabila anda mengunyahnya.

9)   Elakkan kopi dan teh. Minuman ini akan menyebabkan gigi anda berwarna gelap dan kuning.

10) Lakukan pemeriksaan dengan doktor gigi setiap enam bulan. Kebanyakkan dari kita tidak
      melakukannya kerana mungkin terlalu sibuk atau takut untuk berjumpa dengan doktor gigi.
      Jika kita berjumpa doktor gigi setiap enam bulan, kita akan dapat mengetahui tahap kesihatan
      gigi kita dan jika terdapat kerosakkan pada gigi kita doktor gigi akan dapat merawatnya.

No comments:

Post a Comment