Nuffnang Ads

Thursday, 31 October 2013

10 CARA TERBAIK UNTUK AWET MUDA

Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda. Klik Di Sini.

1)   Makan makanan yang mengandungi banyak zat antioksidan seperti brokoli dan delima.

2)   Pastikan tidur anda nyenyak dan mencukupi.

3)   Berhenti merokok.

4)   Minum lapan gelas air sehari.

5)   Kerap bersenam dan bersukan.

6)   Kawal tahap stress anda.

7)   Sentiasa berfikiran positif.

8)   Kerap hiburkan diri dengan melakukan aktiviti atau perkara yang anda gemari.

9)   Elakkan sikap-sikap negatif seperti kerap marah-marah.

10) Ubah gaya penampilan anda. Pastikan diri anda lebih kemas dan bergaya.

Monday, 28 October 2013

10 CARA TERBAIK PENJAGAAN KERETA




1)   Menukar minyak enjin kereta setiap 5000km atau 3 bulan.

2)   Menukar minyak transmisi atau minyak gear mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3)   Memeriksa tekanan atau angin tayar. Periksa bunga dan tahap kehausan tayar.

4)   Periksa paras coolant. Pastikan juga tiada sebarang kebocoran pada hos.

5)   Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik dan jelas.

6)   Sebarang kebocoran dapat dikesan jika anda memerhatikan tempat anda meletak kereta.

7)   Periksa paras cecair brek dan uji brek anda. Pastikan pad brek masih belum haus dan berada
      berada dalam keadaan baik.

8)   Periksa paras cecair power steering. Tambah jika perlu.

9)   Periksa paras air bateri jika anda menggunakan bateri sel basah.

10) Periksa setiap belt yang ada seperti timing belt dan fan belt. Pastikan tiada rekahan dan tukar
      mengikut jadual.

Thursday, 24 October 2013

10 CARA TERBAIK MENYAMBUT HARIJADI ANAK




1)   Membelikan permainan sebagai hadiah harijadinya.

2)   Membawanya bercuti ke tempat yang menyeronokkan seperti theme park atau water park.

3)   Mengadakan majlis sambutan harijadi di rumah. Menjemput rakan-rakannya memeriahkan
      lagi majlis itu.

4)   Membawanya makan di tempat atau restoran yang menarik.

5)   Menyediakan party pack untuk diberikan kepada rakan-rakannya.

6)   Membeli haiwan peliharaan sebagai kejutan hadiah harijadinya.

7)   Sediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam hidangan yang istimewa pada hari
      harijadinya.

8)   Hias biliknya dengan cantik pada harijadinya. Letakkan belon dan hiasan bertemakan harijadi.

9)   Membeli kek yang cukup menarik dan cantik hiasannya.

10) Beriadah atau bersantai bersama anak seperti membawanya berkelah di air terjun atau tepi pantai.

Tuesday, 22 October 2013

10 CARA TERBAIK MENGITAR SEMULA DI RUMAH


1)   Mengasingkan botol kaca, botol plastic,tin aluminium, kertas dan suratkhabar dari sampah yang
      yang lain untuk dihantar ke tempat kitar semula.

2)   Gunakan semula bekas plastik seperti bekas aiskrim untuk menyimpan barang-barang lain seperti
      biskut, mainan kecil dan lain-lain lagi.

3)   Bawa beg sendiri ketika membeli-belah di pasaraya. Ini dapat mengurangkan penggunaan beg
      plastik.

4)   Menyokong dan membeli barang atau produk yang menggunakan barangan kitar semula.

5)   Menghasilkan kraftangan menggunakan kertas suratkhabar dan majalah. Bahan-bahan ini boleh
      dijadikan pasu bunga, tempat meletak pensel dan bermacam-macam lagi. Begitu juga dengan
      botol minuman plastik dan tin minuman aluminium.

6)   Sisa-sisa dapur boleh dijadikan baja kompos untuk digunakan pada tanaman anda.

7)   Mengurangkan pembelian barangan yang jarang digunakan dan jangan membuat pembelian
      barangan yang tidak anda perlukan.

8)   Sedekahkan atau jual kembali barangan seperti perabot-perabot lama yang masih elok.

9)   Hantarkan buku-buku dan majalah-majalah lama ke perpustakaan atau sekolah yang memerlukan
      bahan bacaan tambahan.

10) Membeli dan menggunakan barangan yang boleh digunakan semula dan berulang-ulang kali
      seperti bateri yang boleh dicas semula.

Sunday, 20 October 2013

10 CARA TERBAIK MENGHAPUS NYAMUK AEDES UNTUK MENCEGAH DEMAM DENGGI



1)   Kerap membersihkan takungan air di pasu-pasu sekitar kawasan rumah.

2)   Meletakkan ubat jentik-jentik atau ubat abate ke dalam semua takungan air.

3)   Kerap membersihkan kolah bilik air.

4)   Menutup semua tingkap dan pintu pada waktu awal pagi dan senja.

5)   Memasang jaring nyamuk pada semua tingkap di dalam rumah.

6)   Pastikan longkang di kawasan rumah tidak tersumbat dan tiada takungan air.

7)   Gunakan pembasmi nyamuk elektrik.

8)   Menggunakan kelambu semasa tidur.

9)   Pastikan kebersihan di sekitar luar rumah dan juga di dalam rumah.

10) Kerap mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan tempat tinggal anda.

Friday, 18 October 2013

10 CARA TERBAIK UNTUK TIDUR NYENYAK




1)   Jangan makan makanan terlalu berat sebelum tidur.

2)   Pastikan lampu bilik tidur dipadamkan.

3)   Mengatur jadual tidur dan bangun tidur.

4)   Bersenam pada waktu petang.

5)   Elakkan minuman berkafein.

6)   Pastikan tempat tidur anda bersih dan selesa.

7)   Jangan merokok sebelum hendak tidur.

8)   Hindari tidur pada waktu siang.

9)   Minum susu panas.

10) Pastikan bantal dan tilam berada dalam keadaan baik dan selesa. Tidak terlalu keras dan tidak
      terlalu lembut.

Thursday, 17 October 2013

10 CARA TERBAIK BELAJAR BAHASA INGGERIS



1)   Membaca suratkhabar bahasa inggeris setiap hari.

2)   Menonton wayang cerita berbahasa inggeris.

3)   Kerapkan membaca buku cerita bahasa inggeris.

4)   Kerap menggunakan kamus untuk belajar perkataan yang tidak difahami.

5)   Cuba berbual dengan keluarga atau rakan-rakan menggunakan bahasa inggeris.

6)   Mendengar radio yang menggunakan bahasa inggeris.

7)   Menulis e-mail atau nota dalam bahasa inggeris.

8)   Menyertai kursus bahasa inggeris.

9)   Update status guna bahasa inggeris.

10) Kerap menggunakan google translate.