Nuffnang Ads

Saturday, 12 October 2013

10 CARA TERBAIK BERJIMAT KETIKA MEMBELI BARANG DAPUR




1)   Senaraikan barang yang perlu dibeli.

2)   Rancang menu anda untuk seminggu.

3)   Bandingkan harga di kedai berlainan.

4)   Jangan pergi ketika anda sedang lapar.

5)   Tetapkan berapa budget anda untuk berbelanja.

6)   Elakkan atau kurangkan membeli junk food.

7)   Gunakan kupon diskaun.

8)   Elakkan guna kad kredit.

9)   Membeli barang yang kerap digunakan setiap hari atau mempunyai tarikh luput yang lama dalam
      kuantiti yang banyak atau borong.

10) Bandingkan barangan yang sama tapi berlainan jenama. Pilihlah yang mempunyai kuantiti,
      kualiti dan harga yang akan menguntungkan anda.

Friday, 11 October 2013

10 CARA TERBAIK BERSENAM DI DALAM RUMAH



Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda. Klik Di Sini.

1)   Berlari setempat

2)   Tekan tubi

3)   Lompat bintang

4)   Angkat berat

5)   Bangkit tubi

6)   Menari

7)   Bersenam menggunakan tali skipping

8)   Gunakan treadmill atau basikal senaman

9)   Pilates dan yoga

10) Aerobik sambil tengok atau berpandukan vcd aerobik  

Thursday, 10 October 2013

10 CARA TERBAIK MENJIMATKAN ELEKTRIK




1)   Kurangkan penggunaan penghawa dingin. Gunakan kipas angin adalah lebih baik.

2)   Jika tiada sesiapa berada di dalam bilik atau ruang yang ada di dalam rumah, padamkan semua
      lampu dan kipas di ruang berkenaan.

3)   Membasuh pakaian apabila muatan di dalam mesin basuh penuh.

4)   Sentiasa pastikan pintu peti sejuk di tutup dengan rapat selepas membukanya.

5)   Tutup dan cabutkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan.

6)   Pada waktu siang gunakan cahaya matahari untuk menerangi rumah dengan membuka langsir.

7)   Tukar barangan elektrik anda yang sudah melebihi10 tahun kepada peralatan baru yang lebih
      cekap tenaga.

8)   Jika menggunakan penghawa dingin, tetapkan suhu tidak kurang 24'C. Pastikan juga pintu dan
      tingkap di tutup.

9)   Tukar mentol lampu kepada jenis yang jimat tenaga.

10) Kurangkan aktiviti menonton tv atau bermain video game dan lebihkan kepada aktiviti membaca
      buku atau bermain catur.

Wednesday, 9 October 2013

10 CARA TERBAIK MENJIMATKAN MINYAK KERETA




1)   Matikan enjin apabila berhenti untuk menunggu seseorang.

2)   Jangan pandu dengan terlalu laju.

3)   Tidak membrek secara mengejut atau mendadak ketika kelajuan tinggi kecuali ada kecemasan.

4)   Tidak membawa barang yang tidak diperlukan di dalam kereta. Keluarkan beban yang tidak
      diperlukan terutama di dalam but.

5)   Jangan menekan pedal minyak terlalu kuat ketika menaiki bukit atau menuruni bukit.

6)   Apabila berhenti di lampu isyarat atau dalam keadaan berhenti, jangan menekan minyak terlalu
      kuat atau mendadak apabila hendak mula bergerak.

7)   Pastikan tayar mempunyai angin yang mencukupi.

8)   Mengisi minyak pada waktu awal pagi, sebelah malam atau ketika cuaca sejuk adalah amalan
      yang baik.

9)   Pastikan enjin berada dalam keadaan baik dengan servis mengikut jadual.

10) Panaskan enjin kereta dengan betul.

Tuesday, 8 October 2013

10 CARA TERBAIK MENJIMATKAN AIR DI RUMAH




1)   Membasuh pakaian apabila muatan mesin basuh penuh.

2)   Mengumpul air hujan untuk menyiram pokok atau membasuh kereta.

3)   Jangan biarkan air mengalir ketika menggosok gigi atau bercukur.

4)   Kerap melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip untuk mengelakkan sebarang kebocoron.

5)   Pastikan kepala paip ditutup dengan ketat selepas mengunakan air.

6)   Jangan gunakan air mengalir ketika mencuci pinggan dan mangkuk.

7)   Gunakan sistem pengepaman yang mempunyai sistem dua pam.

8)   Gunakan baldi dan bukan hos ketika membasuh kereta atau menyiram pokok.

9)   Tutup paip air ketika bersyampu atau bersabun.

10) Gunakan semula air yang telah digunakan. Contohnya air dari basuhan beras, sayur-sayuran 
      atau buah-buahan boleh digunakan balik untuk menyiram pokok di halaman rumah.

Monday, 7 October 2013

10 CARA TERBAIK BERHENTI MEROKOK




1)   Kurangkan jumlah batang rokok yang dihisap perlahan-lahan dan bertahap.

2)   Kuatkan niat dan azam untuk berhenti merokok.

3)   Minum banyak air dan elakkan minuman berkafein.

4)   Tetapkan target dan tarikh untuk berhenti merokok.

5)   Lengahkan diri dari merokok dengan membuat perkara lain dahulu.

6)   Tarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam.

7)   Menjauhkan diri daripada kawan-kawan yang merokok.

8)   Mengunyah sesuatu untuk menyibukkan mulut anda seperti buah-buahan, kuaci atau kekacang.

9)   Sentiasa ingatkan diri keburukkan dan bahaya merokok kepada diri sendiri dan keluarga
      tersayang.

10) Terapi pengganti nikotin.

Friday, 4 October 2013

10 CARA TERBAIK MENURUNKAN BERAT BADAN


Formula Diet Extreme - Kurangkan Berat Badan Anda. Klik Di Sini.

1)   Tingkatkan waktu bersenam.

2)   Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

3)   Hindari minuman bergas.

4)   Makan lebih kerap tetapi dalam saiz yang kecil.

5)   Tidur secukupnya.

6)   Lebihkan minum air putih.

7)   Jangan makan lewat malam.

8)   Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak.

9)   Kunyah makanan lebih lama.

10) Elakkan makanan ringan dan junk food.