Nuffnang Ads
Wednesday, 25 December 2013
10 CARA TERBAIK MENGHIAS RUANG TAMU RUMAH
1) Cat dinding rumah anda dengan warna yang terang dan lembut. Ini akan membuatkan rumah anda
nampak lebih luas dan cerah.
2) Pilih warna sofa yang bersesuaian dengan dinding yang telah anda cat. Saiz sofa juga memainkan
peranan yang penting. Pilih sofa yang bersesuaian dengan saiz ruang tamu anda. Anda juga boleh
meletakkan bantal hiasan untuk menyerikan lagi sofa anda.
3) Pilih meja kopi yang mempunyai rekabentuk yang menarik dan elegant. Pemilihan warna dan saiz juga
amat penting supaya ia bersesuaian dengan ruang tamu anda.
4) Jangan letak terlalu banyak perabot di dalam ruang tamu rumah anda. Ia akan membuatkan ruang tamu
anda akan nampak sesak dan sempit.
5) Lampu memainkan peranan yang penting. Pilih lampu yang cantik dan menarik. Terlalu banyak pilihan
lampu yang terdapat di pasaran sekarang. Pilihlah lampu yang bukan sahaja menarik tetapi yang paling
penting dapat memberi pencahayaan yang sempurna untuk ruang tamu anda.
6) Meletakkan tanaman hiasan di sudut ruang tamu. Tanaman hiasan ini bukan sahaja dapat mengindahkan
ruang tamu anda tetapi ia mempunyai berbagai-bagai fungsi lain. Ia dapat menyejukkan ruang tamu,
membekalkan oksigen di dalam rumah dan ada juga tanaman yang mengeluarkan bau wangi.
7) Pastikan langsir anda mempunyai rekabentuk yang menarik dan terkini. Sesuaikan warna langsir dengan
cat dinding ruang tamu.
8) Ramai orang yang terlepas pandang pada pintu rumah. Pintu juga sebahagian dari ruang tamu. Kalau
dilihat pintu rumah anda sama sahaja warnanya dengan rumah yang lain di kawasan taman anda. Tukar
dan pilih warna yang menarik dan bersesuaian dengan ruang tamu anda.
9) Dinding yang telah di cat dengan warna yang menarik jangan di biarkan kosong sahaja. Letakkan
gambar-gambar hiasan untuk menambahkan seri ruang tamu anda.
10) Tv juga selalu tidak dititikberatkan semasa menghias ruang tamu. Jika anda masih menggunakan tv lama
yang mempunyai rekabentuk yang kurang menarik dan besar, tukarlah tv anda kepada jenis yang nipis
dan terbaru. Ini bukan sahaja untuk kepuasan anda menonton tv tetapi ia juga memainkan peranan
yang penting dalam menyerikan ruang tamu rumah anda. Rekabentuknya nipis dan elegant amat sesuai
untuk keindahan ruang tamu anda.
Menghias ruang tamu amat penting kerana di sinilah antara tempat yang anda paling banyak luangkan masa jika anda di rumah. Di sinilah tempat anda berehat, membaca suratkhabar, menonton tv dan bermacam-macam lagi aktiviti dilakukan di sini. Yang paling penting anda melayan tetamu di sini. Anda mesti mahukan ruang tamu yang cantik dan menarik.
Oleh itu jika anda inginkan pengetahuan dan panduan yang lebih mendalam mengenai menghias ruang tamu anda, klik di sini.
Tuesday, 17 December 2013
10 CARA TERBAIK MENJAGA KEBERSIHAN GIGI DAN MULUT
1) Gosok gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun tidur di waktu pagi dan sebelum tidur di waktu
malam. Kalau boleh gosok gigi setiap kali selepas makan. Kalau tidak dapat melakukannya cukup
sekadar berkumur-kumur selepas makan.
2) Menggunakan benang pembersih gigi atau lebih dikenali sebagai flos gigi. Ia dapat mengeluarkan
sisa-sisa makanan di celah gigi di mana berus gigi tidak dapat membersihkannya.
3) Gunakan ubat kumur untuk meningkatkan lagi kebersihan gigi dan mulut. Ia juga dapat
menyegarkan nafas dan mulut akan berbau harum.
4) Memilih berus gigi yang lembut dan sesuai untuk anda. Gantikan berus gigi secara rutin iaitu tiga
atau empat bulan selepas menggunakannya.
5) Gosok gigi dengan sempurna. Pastikan seluruh permukaan gigi digosok. Gosok gigi dari arah
gusi ke gigi.
6) Elakkan makanan yang terlalu bergula dan minuman bergas. Makanan dan minuman ini bukan
sahaja akan merosakkan gigi malah ia juga tidak baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan.
7) Berhenti merokok. Merokok merupakan punca pelbagai masalah gigi dan mulut. Ia akan
menyebabkan nafas berbau, penyakit gusi, gigi berkarat dan lebih teruk lagi ia juga boleh
menyebabkan kanser mulut.
8) Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah epal adalah buah yang baik untuk
kesihatan. Ia mempunyai vitamin yang diperlukan tubuh badan dan yang lebih baik lagi ia juga
dapat membersihkan gigi apabila anda mengunyahnya.
9) Elakkan kopi dan teh. Minuman ini akan menyebabkan gigi anda berwarna gelap dan kuning.
10) Lakukan pemeriksaan dengan doktor gigi setiap enam bulan. Kebanyakkan dari kita tidak
melakukannya kerana mungkin terlalu sibuk atau takut untuk berjumpa dengan doktor gigi.
Jika kita berjumpa doktor gigi setiap enam bulan, kita akan dapat mengetahui tahap kesihatan
gigi kita dan jika terdapat kerosakkan pada gigi kita doktor gigi akan dapat merawatnya.
Monday, 9 December 2013
10 CARA TERBAIK MEMBUAT UDARA DI RUMAH LEBIH SEGAR DAN BERSIH
1) Bersihkan habuk di dalam rumah menggunakan kain basah atau vakum. Kerapkan membersihkan
lantai rumah menggunakan mop.
2) Menanam pokok di sekitar rumah. Pokok berfungsi menyerap karbon dioksida dan menghasilkan
oksigen. Ia dapat mengurangkan sedikit pencemaran di sekitar rumah dan membekalkan udara
yang segar. Ia juga dapat menyejukkan kawasan rumah.
3) Menyediakan ruang yang cukup untuk udara keluar masuk. Buka tingkap dan pintu untuk
memastikan pengaliran udara yang baik di dalam rumah. Jika berkemampuan pasang ventilator
pada bumbung rumah.
4) Gunakan alat pembersih udara iaitu air filters atau sekarang ini terdapat penghawa dingin yang
bukan sahaja dapat menyejukkan ruang rumah tetapi ia juga mempunyai kemampuan
membersihkan udara.
5) Jangan merokok di dalam rumah. Kalau hendak merokok lakukan di luar rumah atau lebih baik
lagi jauh dari rumah. Paling baik berhenti terus dari menghisap rokok.
6) Menggunakan pewangi udara. Gunakan pewangi udara yang bebas dari bahan kimia atau lebih
baik anda buat sendiri pewangi udara seperti menggunakan lemon.
7) Menjaga kebersihan dapur kerana bau-bauan yang tidak enak selalunya datang dari dapur.
Uruskan sisa-sisa makanan dengan baik. Apabila memasak di dapur pastikan tingkap dibuka dan
penyedut asap (hood) digunakan.
8) Kurangkan penggunaan bahan kimia yang boleh mencemarkan udara di dalam rumah seperti
penyembur produk aerosol atau hair spray.
9) Pastikan tiada kebocoron pada atap, saluran air dan paip air. Ini akan menyebabkan rumah
menjadi lembab. Bila keadaan ini berlaku ia akan mengeluarkan bau yang tidak enak.
10) Menggunakan lilin aromaterapi. Ia bukan sahaja dapat mewangikan dan menyegarkan udara
di dalam rumah, anda juga akan dapat menghilangkan stress. Rumah anda akan lebih nyaman
dan anda akan lebih relax.
Membuat udara di dalam rumah lebih segar dan bersih amat penting. Memastikan rumah anda mempunyai dekorasi yang menarik juga tidak kurang penting. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Sunday, 1 December 2013
10 CARA TERBAIK MENGHIAS HALAMAN RUMAH
1) Menanam rumput hias kerana ia dapat menaikkan keindahan taman.
2) Meletakkan pasu-pasu yang mempunyai pokok jenis berbunga amat baik. Halaman akan
kelihatan berwarna-warni dengan pelbagai jenis warna bunga.
3) Meletakkan akuarium di halaman rumah yang berbumbung atau lebih baik lagi membina sebuah
kolam untuk memelihara ikan. Pastikan anda membela ikan yang berwarna-warni untuk
menceriakan lagi halaman anda.
4) Menyediakan kerusi dan meja taman di halaman rumah anda. Ini bukan sahaja untuk
mengindahkan halaman anda, ia juga dapat dijadikan tempat untuk bersantai. Anda boleh
membaca akhbar, minum petang dan berbual di sini.
5) Meletakkan buaian yang menarik di halaman rumah. Anda dan keluarga boleh bersantai dan
berehat di sini.
6) Memasang lampu-lampu yang unik dan cantik. Bukan sahaja reka bentuk lampu.-lampu itu dapat
mencantikkan halaman rumah tetapi pencahayaan yang baik juga akan menaikkan lagi seri
halaman itu.
7) Membina dinding atau tembok menjadi taman dinding. Hiaslah dengan beraneka tanaman,
batu-batu dan lampu-lampu di taman dinding anda.
8) Membina taman mini di halaman rumah. Pilihlah tanaman-tanaman yang sesuai dan bersaiz kecil.
9) Meletakkan tanaman hiasan yang digantung di kawasan halaman rumah. Tanaman yang sesuai
adalah dari jenis yang menjalar dan melata. Tanaman itu akan terjuntai-juntai dan berjurai-jurai
ke bawah. Pastikan anda mengantung tanaman itu di tempat yang sesuai dan selamat supaya anda
tidak terhantuk pada pasunya.
10) Pokok bonsai amat sesuai di gunakan jika anda mempunyai halaman yang agak sempit. Pokok
ini akan menjadikan halaman anda kelihatan mewah dan bergaya. Kebanyakkan pokok bonsai ini
harganya agak mahal. Cubalah mencari pokok ini yang harganya agak murah dan mengikut
kemampuan anda. Lebih baik lagi jika anda boleh mencuba membuat sendiri pokok bonsai
mengikut kreativiti dan kemampuan anda. Jadikan ia sebagai hobi.
Subscribe to:
Posts (Atom)